April 6, 2009

Gegaria Blogstarz

Posted by yasminbizz

Program Bersukan, Berniaga, Berlibur, Kerajaan Bersama Rakyat

Salam semua kepada Blogger Blogstarz.my dan blogger2 lain di seluruh alam internet. Saya sekali lagi ingin membawa anda semua untuk menyelami dunia kesukaan saya yang akan dilancarkan pada 27,28,29hb Mac 2009 bertempat di Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.

Blogstarz sekali lagi melancarkan satu fenomena baru di Malaysia iaitu satu temasya yang dinamakan Gegaria Blogstarz.my.Tujuan Gegaria ini diadakan adalah untuk mengeratkan pertalian rakyat antara semua dan ianya juga dilaksanakan dengan kerjasama pihak-pihak kerajaan supaya dapat merapatkan lagi jurang perhubungan Kerajaan bersama rakyat.

Kami percaya dengan adanya program seperti ini kita semua akan mendapat banyak manafaat dimana kebanyakan temasya yang diadakan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja atau penaja yang menjalankan temasya tersebut. Tetapi kali ini Blogstarz akan cuba menggegarkan semua pantai-pantai di seluruh Malaysia dan cuba menghidupkan kembali suasana bersantai bersama keluarga dan menceriakan rakyat dengan program yang bakal diadakan kelak. Program-program yang disediakan adalah seperti berikut ;

  • Program Bersukan Bersama Rakyat (Sukan Rakyat)

  • Program Berniaga Bersama Rakyat (Niaga Rakyat)

  • Program Berlibur Bersama Rakyat (Libur Rakyat)

  • Program Kerajaan Bersama Rakyat (Kerajaan Adalah Rakyat)

Segala program yang disebutkan seperti di atas telah dirancangkan selama 3 tahun bagi merealisasikan program ini. Saya bersama semua pengarah yang terbabit telah memberikan komitmen yang tinggi bagi menjayakan program yang julung-julung kalinya yang bakal diadakan pada Mac 2009 ini.

Saya mengharapkan kepada semua Blogger-Blogger di Blogstarz agar membantu syarikat menjadikan temasya Gegaria Blogstarz.my ini satu program yang boleh membantu ramai pihak mencapai impian mereka tidak kiralah dari segi merapatkan hubungan kekeluargaan, menjana pendapatan dari perniagaan, mengenali siapa kerajaan kita dan juga mencari peluang yang bakal diberikan pada hari temasya tersebut. Saya percaya dengan adanya temasya seperti ini, kita boleh bersama-sama mencari realiti kehidupan sambil kita mengambil inisiatif untuk bekerjasama secara berkumpulan dan merapatkan lagi hubungan dengan semua jenis kaum di Malaysia.

Jadi marilah kita menuju kejayaan dan juga mencari kehidupan yang penuh ceria dan aktif. Tonjolkan kemasyarakatan yang majmuk dan tiada belah baginya di antara semua jenis kaum di Malaysia agar negara kita ini aman maju dan sentosa. Jumpa lagi di lain sesi. Wasalam.

By Karl Iskandar (blogstarz founder)

0 comments:

Post a Comment