April 29, 2009

About Blogstarz

Posted by yasminbizz

Assalammualaikum Dan Selamat Sejahtera

Di dalam dunia hari ini, blog memainkan peranan yang sangat penting untuk menyalurkan maklumat terkini dan ianya digunakan secara meluas. Malah terdapat blogger diluar sana yang menjadikan blog sebagai satu medan kerjaya untuk mereka mendapatkan pendapatan yang lumayan. Mereka inilah yang digelar ‘ProBlogger’ iaitu individu yang menjadikan blogging satu kerjaya tetap dan mendapat pendapatan berlipat kali ganda seminit.

Begitu juga didalam kita menjana pendapatan online, pengetahuan mengenai blog adalah salah satu kemestian yang perlu ada untuk membantu kita mengembangkan perniagaan dan meningkatkan pendapatan online kita. Terdapat pelbagai cara menghasilkan pendapatan dengan blog. Secara ringkasnya, anda boleh membina blog yang menarik, dimana artikel anda hendaklah berinformasi dan dapat memberi keyakinan kepada pambaca untuk sentiasa mengikuti perkembangan blog anda dimasa akan datang sehinggalah anda mempunyai pelawat yang ramai setiap hari. Dengan kelebihan pelawat yang ramai, anda boleh menyertai program-program pengiklanan dimana anda akan memperolehi komisen yang lebih lumayan.

Contoh program terkini yang anda boleh sertai dan sedang hangat bak pisang panas sekarang ialah Sistem Blog dan SMS dari Blogstarz.my. Ramai diantara kita yang telah mula membuat keuntungan melalui program ini dengan menghasilan blog. Begitu juga bagi anda yang telah mengenali program-program Afiliate seperti Clickbank, anda boleh meletakkan link affiliate pada blog dan menjana pendapatan lumayan setiap hari. Program ini amat mudah untuk disertai oleh semua lapisan masyarakat tidak kira peringkat umur dan status.

Saya percaya pasti anda sudah mengenali atau pernah dengar mengenai Blogstarz.my yang juga merupakan sebuah Portal Blog Komuniti Terbesar Di Malaysia. Kewujudan blogstarz ini secara tak langsung telah mewujudkan satu lagi lubuk atau sumber pendapatan kepada pemilik-pemilik blog.

Article by Mystarz

http://mystarz.blogstarz.my

0 comments:

Post a Comment